Latar Belakang
Mula ditubuhkan pada 18 Oktober 1985 (37 tahun). Didaftarkan di bawah Syarikat Kerjasama dalam Ordinan Koperasi 1948 dan tertakluk bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Telah menjadi anggota Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA 1500/JR0207) sejak 25 November 2000. Awal dikenali sebagai KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA BERHAD (KPPKB). Pada 10 September 2009, termeterai nama baru iaitu KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA KOTA TINGGI BERHAD (KOPERA) dengan persetujuan dalam MAT pada 28 Jun 2009.
Faktor utama kejayaan KOPERA adalah mempunyai anggota lembaga yang berpengalaman dan kakitangan pengurusan yang cekap dalam melaksanakan tanggungjawab berasaskan Undang-undang Kecil, Akta Koperasi dan Aturan-aturan serta mendapat sokongan padu daripada anggota koperasi.
- Menjalankan kegiatan dan aktiviti ekonomi dan perniagaan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi, iaitu keuntungan bersih keseluruhan melebihi RM1 juta setahun
- Meningkatkan sosio-ekonomi anggota menerusi pemberian dividen sekurang-kurangnya pada kadar yang kompetitif setahun, peningkatan nilai saham serta berbagai sumbangan lain
- Penyertaan secara berkesan dalam pembangunan Wilayah KEJORA untuk sama-sama menikmati kemakmuran ekonomi yang tercipta
- Mencapai kesimbangan antara faedah ekonomi dan kebajikan kepada semua anggota dan berkemampuan merealisasikan prinsip koperasi secara menyeluruh
- Menggalakkan budaya kerjasama dan perkongsian dengan anggota bagi mendapatkan faedah skel ekonomi
- Memastikan kelestarian dalam setiap aktiviti perniagaan yang diceburi bagi menjamin daya maju dalam jangka panjang
- Memberikan sedikit impak kepada pencapaian matlamat dasar koperasi Negara
- Menjalankan perniagaan yang merupakan kemudahan serta perkhidmatan diperlukan oleh anggota
Awal Penubuhan
- Awal penubuhan Koperasi ini adalah berfungsi sebagai Koperasi Pengguna
- Kutipan modal yuran anggota sebanyak RM5.00/bulan dan modal saham minima RM100.00/orang
Kelayakan Menjadi Anggota
- Kakitangan KEJORA
- Kakitangan anak syarikat KEJORA
- Kakitangan KOPERA yang telah disahkan jawatan
- Keluarga anggota KOPERA
Jumlah Anggota Lembaga KOPERA
- 12 orang
Visi
Menjadi sebuah koperasi yang teguh dari segi kewangan, pengurusan yang cekap dan pulangan perniagaan serta terus maju bersama anggota
Misi
Membina perniagaan yang berkeuntungan tinggi serta sentiasa komited dalam merealisasikan prinsip koperasi dalam tempoh setiap 5 tahun
Moto
Teguh dan Terus Maju
Anggota Lembaga Tertinggi

Tuan Haji Samsudin Bin Hassan
Pengerusi

Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ali
Timbalan Pengerusi

Puan Hajjah Noriah Binti Hussain
Setiausaha

Tuan Haji Mohtor Bin Mahsan
Bendahari
ALK
Jawatankuasa Audit Dalaman

Encik Ridhuan Bin Hussain
Ketua Jawatankuasa Audit Dalaman

Encik Nor Zaid Bin Saedon
AJK

Puan Khazareena Binti Mohamed Salled
AJK
Barisan Pengurusan Kanan

Puan Rudziah Binti Haji Ramin
Pengurus KOPERA

Puan Armilia Binti Ariffin
Pengawai Kewangan

Puan Norhayati Binti Ali
Pengawai Operasi

Encik Mohd Hariz Bin Mohd Khalid
Pengurus SSPD

Cik Norazlina Binti Mohd Sani
Pengurus Hotel