Perkhidmatan Kami

Sebagai sebuah badan koperasi, kami mempunya beberapa perkhidmatan dan perniagaan yang ditawarkan bagi menjana keuntungan kepada organisasi. Terdapat tiga punca pendapatan utama kami.

Stesen Minyak

Terletak di bandar Penawar, stesen minyak PETRONAS milik penuh KOPERA ini menyumbang hampir 95% daripada pendapatan KOPERA.

maklumat lanjut

Perladangan

Tanaman kelapa sawit berkeluasan 385 ekar.

maklumat lanjut

Perhotelan

Menawarkan perkhidmatan perhotelan yang terbahagi kepada dua iaitu hotel utama dan hotel bajet. Hotel utama adalah Hotel Desaru Penawar manakala bagi hotel bajet pula adalah Desaru Penawar Inn

maklumat lanjut

Pembiayaan Tawwaruq

KOPERA memberi kemudahan di bawah Skim pembiayaan mengikut prinsip syariah murabahah al-tawarruq ini kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan tetapi hanya layak mengikut terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kadar maksimum pembiayaan sebanyak RM 1,000.00 sehingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik tidak melebihi 7 tahun. Sebarang pertanyaan boleh rujuk di Pejabat KOPERA

Sewaan Bangunan Kedai/Tanah

KOPERA mempunyai beberpa bangunan kedai dan tanah untuk tujuan sewaan kepada mana-mana pihak anggota, individu, koperasi lain, agensi-agensi swasta atau kerajaan yang berminat. Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan sewaan yang ditetapkan.

maklumat lanjut

Sumbangan Anggota

Terdapat dua kategori sumbangan iaitu Sumbangan Insentif Akademik dan juga Sumbangan Kebajikan Anggota. Sumbangan Insentif Akademik adalah sebagai penghargaan kepada anak-anak anggota yang cemerlang dalam akademik. Manakala Sumbangan Kebajikan Anggota adalah bagi memberi bantuan kepada anggota atau tanggungannya apabila berlaku musibah.